Wednesday, August 19, 2009

bengkel penerbitan video "FINAS"

Antara peserta bengkel yang hadir..!!
sedang membincangkan skrip yang mau di shooting..!

Kelihatan En. Mamat Khalid dan Pengarah bahagian latihan Raja Khairul... sedang memberi ceramah!!

Pada 3 hingga 7hb ogost 2009 adalah satu kenangan dan pengalaman saya yang tak dapat di lupakan. Apa tidaknya pada masa itu, saya dan rakan-rakan seperjuangan telah mengikuti “Bengkel Penerbitan Video” Anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia atau FINAS.

Seramai 28 pserta Bengkel yang menghadirinya, di seluruh Negeri Sabah malah ada yang datang dari Bumi Kenyalang Sarawak. Ada juga peserta bengkel yang sudah berpengalaman seperti jurukemera stesen tv, iaitu stesen Tv3 dan Tv pendidikan. Sepanjang kami mengikuti bengkel, banyak kenangan yang tak dapat saya lupakan, apa lagi gelagat tenaga pengajar kami En. Mamat Khalid yang sentiasa membuat lawak membuatkan kami tak kering gusi. Terima kasih En Mamat Jasa mu sentiasa kami kenang.

Kami dibahagikan kepada tiga kumpulan, kumpulan Randawi (kumpulan kami) kumpulan Arramaitee dan kumpulan Nunuk ragang, entah macam mana minitor kami pilih, saya termasuk dalam kumpulan yang tua-tua…hehe. Saya pun senang hatilah kerana kumpulan ini pasti yang berpengalaman dan tak ada masalah lah bila diberi tugasan nanti.
tetapi sebaliknya yang berlaku.

Setelah dua hari belajar teori, sampailah masanya kami keluar shooting (Praktikal lah konon) masa untuk tayangan setiap projik yang siap adalah 5 hingga 7 minit sahaja. kumpulan kami pun shootinglah konon, tapi pelakon yang diberi tugas berlakon juga peserta bengkel, melalut-lalut sehingga tak ikut skrip yang telah dibuat, apa lagi tape yang kami gunakan sehingga 58 minit, macam mana lah mau edit menjadi sekurang kurangnya 7 minit sahaja.

Dipendekkan cerita,setelah diprevew, kumpulan kami lah yang paling terbawah diantara tiga kumpulan.
Apa pun, pada akhir kursus semua peserta telah dianugerahkan dengan sijil penyertaan dengan jayanya… hehe.(KURSUS BERKENAAN SANGAT BERGUNA UNTUK PRODUCTION KAMI) Terimakasih kepada FINAS.

1 comment:

Achern said...

cane nak join kursus ni eh.. ade jemputan ke.. kalo nak join suke suke bole dak.